Sign in

Thursday, October 27, 2011

0
Komen

10 Fakta Menarik Mengenai Wanita


Views


WANITA ITU: 


Tercipta dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Wanita hiasan duniawi..


Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Yang akan membahagiakan,
Syurga di dalam rumah tangga..



Indah kan bait-bait di atas tu.. entry kali ni just nak share dengan korang fakta-fakta mengenai wanita yang perlu korang tahu.. Jom baca.. 




1. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

2. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

3. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

4. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

5. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

6. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

7. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

8. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

9. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

10. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa



p/s: Orang kata hati wanita ni keras macam kerak nasi..Tapi sekeras mana pon hati wanita tu pasti akan lembut jugak. betol tak? hehehee..


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

0 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: