Sign in

Monday, October 31, 2011

2
Komen

Ayam Goreng Kunyit


Views
Hai.. Entry kali ni just nak share dengan korang satu resepi kegemaran aku iaitu Ayam Goreng Kunyit. 


Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam - potong kecik
1 biji carrot -potong julienne atau panjang-panjang
1 ikat kacang panjang - potong

1 biji bawang merah - di mayang @ di tumbuk kasar
1 biji bawang besar - potong bulat2

2 ulas bawang putih - di cincang
4 biji cili padi - dipotong serong

serbuk kunyit
sos tiram
garam
minyak


Cara -cara:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Then goreng kan ayam dalam minyak yang banyak. Jangan terlalu garing, nanti ayam tu jadi keras.
2. Sementara tu, tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Pastu baru masuk bawang merah yang ditumbuk tadi. 

3. Then,boleh lah masukkan carrot, kacang panjang, dan cili padi. Kacau rata dan biar sayur masak sikit.
4. Masukkan 2@3 sudu sos tiram and kacau rata. Pastu masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata lagi. Then masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kemudian baru masukkan 1 sudu serbuk kunyit lagi untuk kasi warna dan sedikit garam mengikut citarasa korang..
5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan nasi panas.




Senang kan?? Selamat mencuba.. 
Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

2 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

MamaKaisah MamaKaisah said...

husband mama pun suka ayam goreng kunyit...

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@MamaKaisah
same la saye..hehehehe... ayam3, my fevrot