Sign in

Wednesday, October 12, 2011

0
Komen

Popia Sardin


Views

Hai uOlzz.. Entry kali ni aku nak tunjukkan resepi makanan fevrot aku yang simple sesangat-Popia Sardin. Aku confirm, semua orang boleh buat resepi ni coz bahan-bahan yg digunakan pon ciput jee.. Jom tengokkk & Cuba…
BAHAN-BAHAN:
Kulit Popia (Aku gune Figo Spring Roll)**Credit: Google
3 ulas Bawang Putih (di Cincang)
1 biji Bawang Besar (di Mayang Halus)
1 biji Lobak Merah (Di parut @ Potong Julienne)
1 biji Limau Nipis (Ambil Perahan jus)
1 tin besar Sardin (Aku guna Sardin Cinta) **Credit: Google
2 Sudu Besar Cili Boh (Kalau yg suka Pedas, Lebihkan ye..)
Garam Secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
  • Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Pastu masukkan cili boh dan biar sebentar sampai pecah minyak.
  • Sementara tu, hancurkan isi ikan sardin di dalam mangkuk. Then, masukkan isi ikan tu dalam bahan tumisan dan kacau rata.
  • Pastu, masukkan pula lobak merah tadi dan masak hingga kuah jadi kering. Bila dah kering, masukkan garam dan perahan jus limau nipis. Kalau korang suka pedas yang kaw2 punye, korang boleh la masukkan cili padi secukupnya.
  • Inti dah siap! Sejukkan sekejap dan selepas tu, korang boleh la menggulung sardin tu dalam kulit popia ye.

  • Then, gorengkan popia tu dalam minyak yang banyak n panas. Senang je kan?? Selamat Mencuba..

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

0 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: