Sign in

Wednesday, October 26, 2011

0
Komen

Puding Roti Kukus Simple


Views

Hai semua.. Arini rase teringin nak makan puding la. so, aku merajinkan diri aku untuk wat something tadi. Ni pon aku baru je ciap buat Puding Roti. Alhamdulillah, tercapai juga hajat aku ye.. heheh.. Actually nak wat puding roti ni senang je. Bahan yang diperlukan pon just ciput je. Jom intai-intai resepi nak buat Puding Roti ni... 




Bahan-bahan:

8 keping roti – dipotong kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula (Kemanisan ni depends pada citarasa u'ollz ye)
1 sudu kecil esen vanilla
Jem Strawberry (Guna jem lain pon boleh)
Sedikit kismis

Cara-cara:
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  2. Sapu jem strawberry pada roti dan susun dalam loyang. Then, tabur kismis atas roti selang seli dengan susunan roti. 
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis lagi kat atas permukaan tu.Biarkan sebentar hingga roti menyerap adunan susu. 
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 30 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Jemput makan ye... 


p/s: Selamat Mencuba..

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

0 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: