Sign in

Wednesday, November 16, 2011

3
Komen

Accidents Situ, Sana, Sini..


Views
**Pinjam dari Pak Cik Google**


Haii semuaa... Pagi kelmarin aku and papa pi hantar adik aku daftar kat UiTM Dungun. Masa on the way nak pi tu, sepupu papa aku col.. Katanya dia accident kat Merchang (area dekat2 Dungun) coz time tu dia on the way nak pi hantar anak dia daftar kat UiTM Chendering. Kiteorang semua memang terkezuut dengar berita tu.. So, papa aku teruskan perjalanan meredah hujan lebat and sesampainye kat Merchang kiteorang nampak van sepupu papa ada kat tengah jalan. Memang jammed sesangat jalan tu and polis sibuk jalankan tugas diorang. Papa parking kereta kat tepi and pi tengok. Pastu kiteorang terjumpa lah isteri and anak sepupu papa tu kat bangsal dekat dengan tempat kemalangan. Alhamdulillah, diorang semua selamat cuma sepupu papa dah dihantar ke hospital terdekat sebab kaki kiri dia tertusuk besi. Aku mengucap panjang mendengarnya.. Mak cik and anak dia ok cuma diorang masih agak trauma and still terketar-ketar. Mungkin dia masih terkejut dengan kejadian tu ditambah dengan cuaca hujan lebat. 


Time tu aku terpandang sebuah lori hampir terjunam kat dalam paya and sebuah kereta kancil kuning yang remuk teruk. Dari cerita yang aku dengar, kereta kancil yang datang dari arah bertentangan terbabas and terlanggar lori. Then, lori cuba mengelak and hampir terjunam ke dalam paya. Pastu kereta kancil tu terlanggar pulak van sepupu papa yang ada kat belakang lori. Time tu, mujur ada dua orang lelaki yang tolong diorang keluarkan beg and tolong call ambulans ngan polis. Habis beg and dokumen pendaftaran basah. Pendaftaran anak sepupu papa pulak terpaksa ditangguhkan maybe hingga next two weeks. 
Pemuda yang drive kereta kancil tu and Pak Cik India yang drive lori tak de cedera apa-apa tapi pemilik kereta kancil tu terpaksa dibawa ke hospital sebab dia trauma teruk.


Lepas semua hampir selesai, aku, papa and acik teruskan perjalanan pi Dungun. On the way tu, ada lagi satu kemalangan antara motorsikal dengan kereta. Subhanallah.. kemalangan ada di mana-mana. Ngeri pulak aku menengoknya. Time tu, keadaan jalan pulak licin and hujan lebat tak henti-henti. Aku hanya mampu berdoa semoga perjalanan kami selamat. Alhamdulillah, semuanya telah settle dengan sempurna. Adik aku dah selamat daftar and mesti time ni dia tengah bergumbira dengan minggu orientasi. Lepas sesi pendaftaran, aku and papa sempat pi jenguk Pak Cik E (Sepupu Papa yang eksiden tu). Aku doakan semoga dia cepat sembuh... Kepada semua pemandu di luar sana, memandu la dengan berhemah and hati-hati. Semoga kejadian yang tak diingini dapat dielakkan.. k, bai.


Nak lagi menarik?? Klik je SINI

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

3 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

aReLaN aReLaN said...

mmg malang tak berbau tapi kte leh elak kalau kte berhati2.moga dijauhkan.moga dia cpt smbuh gak. AMIN...

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@aReLaN
Amin.. yup harap2 begitulah ye...

c'axoera c'axoera said...

lately kan ujan2 biasa lahh