Sign in

Monday, November 7, 2011

2
Komen

Kek Coklat Moist Kukus


Views


Hai semuaaa... Pagi tadi aku ade buat kek coklat lembab kukus tau.. Urmmm, seriously yummmmyyy!! Nak tau resepi nya?? Ha, jom tengok kat bawah k.


Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder
Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sikit-sikit hingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang dah di sapukan dengan sikit butter. Kukus selama 45 minit.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di letakkan chocolate topping.
Penyediaan chocolate topping:

Bahan-bahan:

  1. 150g coklat masakan
  2. 2 sudu susu pekat
  3. 2 sudu mentega
  4. 3 sudu air
Cara-cara:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan susu, air dan mentega. Kacau lagi sehingga benar-benar sebati. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika, barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
**Hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang. Nak tambah hiasan lain pon boleh je..



Kek yang siap dikukus n belum diletak topping.


Kek siap letak topping dan di potong.

Kek dah abess.. *Abaikan rupa yang comot tu**
 Korang jangan lupa cuba tau! Gud luck yaw!!


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

2 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

cik p-naz cik p-naz said...

wah sedap ! eyh topping dia tu x keras ke ? sebab pnaz guna coklat masakan juga tapi bila potong dia pecah . huhu

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@cik p-naz

Alhamdulillah, tadi saya potong kek tu, topping tak keras and still moist.