Sign in

Wednesday, November 9, 2011

1
Komen

Kekasih Awal dan Akhir@ TV9


Views


Citer ni dah start pukul 8.30 tadi.. Dan baru je abesss... Siyesly, gabungan Aaron Aziz dengan Siti Saleha memang terbaik!! Gandingan ni mengingatkan aku pada cerita Nora Elena. Ok, Ni ada sikit sinopsis nya:




‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.
Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah beberapa tahun berlalu, Akhirah mengandung.
Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi. Julia hadir lagi dalam hidup Awal dan cuba merampas Awal daripada Akhirah. Tapi, akhirnya Julia akur dan melepaskan Awal. 

Amacam, bez tak?? Bagi aku citer ni bez. Mula-mula tengok tu, rasa kesian jugak dengan Julia sebab cintanya tak berbalas. Tapi kat pertengahan cerita, jadik geram pulak dengan Julia sebab cuba nak rampas Awal dari Akhirah. Dia culik Akhirah and time tu Julia dan Akhirah accident. Coz tu la, Akhirah buta.. For ending, Julia dah insaf and guess what, dia sendiri yang dermakan mata dia pada Akhirah.. Awal dan Akhirah hidup bahagia.. TAMAT..
Bye.

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

1 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

ain dzaya ain dzaya said...

hope citer nie jadi best2 giler kalah nora elena..