Sign in

Tuesday, November 8, 2011

0
Komen

Roti Puri


Views

Hai korang.. Entry kali ni aku nak share resepi Roti Puri.. Korang pernah makan tak roti puri ni?? Actually, aku teringin nak try roti puri ni coz cara nak buat simple n bahan yang diperlukan pon sikit je. Banyak kali gak try n akhirnya terhasil la roti puri hasil air tangan aku sendiri.. Nak tahu resepi nya? Ok, ade kat bawah ni: 



Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • *3 sudu makan minyak masak (Aku guna minyak jagung)
  • *2 sudu makan gula * (boleh kurangkan kalau korang tak suka manis)
  • *40-50ml air
  • minyak utk mengoreng

Cara-cara:
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
  2. Satukan tepung dan yis then gaulkan.
  3.  Bahan step No. 1 dicampurkan ke dalam bahan step No.2 dan digaul dengan garfu.
  4. Guna tangan dan gaul adunan hingga jadi seperti breadcrumb.
  5. Tambah air sedikit lagi jika perlu . Adun hingga tidak melekat kat tangan and menjadi doh.
  6. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Pastu bolehlah doh dibahagikan kepada beberapa bahagian sebesar bola golf.
  7. Canai doh nipis-nipis dan goreng satu-satu dalam minyak dengan api yang sederhana. Bila ia mula mengembung cam kat bawah ni, balik-balik kan dan angkat. 


      8. Siap untuk dihidang. Sedap dicicah dengan kari ayam dan sambal sardin.



Amacam, senang tak?? jom la try.. Good Luck! 


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

0 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: