Sign in

Saturday, November 19, 2011

3
Komen

Tragedi 18 November Dalam Kenangan..


Views
Hai semua.. Actually aku baru je keluar dari wad. Mesti korang tertanya-tanya, ada apa dengan 18 November tu? Kisahnya begini, pagi kelmarin aku ikot my papa pi tapak rumah baru kami. Masa papa tengah ratakan tanah kat depan tapak rumah, aku mintak papa potongkan tebu yang ada dekat situ. Lepas papa siap potong, aku bawak la tebu tu ke kereta.. And guess what?? On the way nak pi kereta tu, aku terasa ada something yang gigit kaki kanan aku. Sebab terkejut, aku rontakan kaki sekuat hati and aku ternampak something tercampak ke semak. Bila nampak je makhluk tu, aku terus jerit and panggil papa sekuat hati. "Papa!! Ada ULAR!! Ular gigit kaki angah!!" Tu je yang aku mampu jerit dalam panik. Masa papa datang kat aku, aku tunjuk kesan gigitan tu kat papa. Jari kaki aku berdarah.. Mungkin aku terpijak ular tu and coz tu dia serang aku. Tapi time tu aku memang tak sedar yang aku terpijak ular. Papa terus ambil barang papa and masukkan ke dalam kereta. Pastu papa bawak aku pi hospital (Hospital Sultanah Nur Zahirah KT). 


**Lebih kurang camni la ular tu.. Saiz sebesar jari tengah aku kot.  Gambar ni pinjam ngan Uncle Google coz aku tak sempat nak amik gambar kenangan bersama ular tu.. hehehe..**


Sampai je kat hospital, aku di bawa ke bilik kecemasan dengan kerusi roda. Kat bilik kecemasan, nurse suntik aku. Perghh, sakitnye yang amattt bile kena cucuk tuu.. Actually, jujurnye kena suntikan tu lagi sakit and pedih dari kena gigitan ular tu. Time tu aku juz senyummm semanisss kurma menahan sakit. Lepas sesi soal jawap dengan doktor, aku di bawa ke wad and terpaksa ditahan sekurang-kurangnya 24 jam coz doktor kata kemungkinan gigitan ular tu beracun. Dah lame aku tak meringkuk kat dalam wad. Last aku masuk wad pon time aku baby dulu coz demam panas. Siyesly, rase janggal sesangat bile terbaring je dalam wad tu. Adoyaii.. boring yang amat la. Sementara tunggu waktu melawat, aku tido, aku tengok langsir, aku borak-borak dengan mak cik sebelah, aku tengok tv and aku tengok nurse sibuk layan pesakit.


Aduss.. sakitnye..
Time tu, aku rase waktu memang lambat je berlalu.. Kalau duduk kat umah, masa cepat je berlalu macam kilat. Ade jugak doktor and nurse tanya aku, ular apa yang gigit aku? Aku jawap tak tahu tapi ular tu kecik je. Saiz jari tengah je and warna nya kuning coklat gitu. Pastu boleh pulak diorang tanya, kenapa tak tangkap ular tu bawak sekali? Aku just senyum je.. Memang sempat pulak la aku nak berkenalan dengan ular tu lepas dia gigit kaki aku. Ish3.. Masa kat wad, sempat jugak aku berborak dengan nurse pelatih. Sambil dia ambil tekanan darah aku, sempat pulak dia kata "Ular tu gigit awak sebab darah awak manis kot. Tak lama lagi ada la orang nak masuk meminang." Pastu dia gelak and senyum. Aku pon berdouble senyum jugak. Hamboi-hamboi... kureng asam la budak ni.. Pandai pulak dia wat lawak.. hehehe.. 


Petang lepas kejadian tu, papa, mama and adik pon mai jenguk aku. Adik aku bawak ayam KFC. Berbunga-bunga senyuman aku bile nampak kotak merah KFC tu.. hehehe.. Aku memang tengah lapo time tu and memang tak lalu nak makan makanan ospital. Malamnye pulak aku tak dapat tido lena sangat. Maybe sebab lampu kat wad tu terang sangat and maybe jugak sebab jiran sebelah aku tu asyik pasang lagu hindustan walaupon pukul 11.45 malam. Bila aku baru je nak lelap, nurse pulak mai amik tekanan darah aku. Time tu aku terfikir, Adoyaiii.. bila masa aku dapat tidoq ni? Pukul 4 pagi nurse datang lagi amik tekanan darah aku. Pastu aku sambung tido balik.


Pagi tadi aku makan mihun goreng and tengah hari dia bagi nasi lauk ikan masak kicap and sayur goreng. Aku makan 2 sudu je nasik. Siyesly tak lalu nak makan lauk tu. Pukul 2 petang, mama, papa and jiran aku datang melawat aku. Mama bawak mi rebus and 2 ketul ayam goreng untuk aku.. Sukanyaaaaaa!! Memang licin aku sapu makanan yang mama bawak tu.. Fuuhhh, memang berselera sungguh la aku makan tambah-tambah ada ayam goreng fevrot aku tuuu. hehehhe.. And petang tadi pukul 4 petang lepas doktor check, aku dah boleh balik. 


Alhamdulillah, aku selamat and dah dapat balik rumah. Aku bersyukur sangat PadaMu Ya Allah. A million thanks to my beloved family and my friends coz always support me. Thanks jugak kepada Ayu Mazelan coz sudi melawat aku kat wad. Thanks jugak pada kawan-kawan yang sanggup call aku and tanya khabar. Then, thanks jugak pada yang bercadang nak melawat aku hari ni tapi tak sempat coz aku dah boleh kuar. Siyesly, terharu sangat3.. huhuhu..


Sepatutnya, hari ni aku dah balik rumah sewa aku kat Dungun and kelas start hari Isnin ni. Tapi sebab kejadian ni aku akan balik Dungun pagi esok. So, hari ni last la aku berblogging. InsyaAllah, kalau ada masa aku akan on my blog ni lagik and menconteng lagi. Kejap lagi aku nak topup tidoq aku coz badan aku pon masih ada rasa lenguh-lenguh. Maybe kesan ubat. Lepas ni, aku akan sentiasa ingat kejadian ni. Hopefully, pasni aku tak trauma kalau tengok ular. huhuhu..Ok, dah panjang lebar aku membebel. Sebelum tu, jom juling mata tengok gambar yang aku amik masa kat dalam wad tu.. See u ya.. Bye.


Bekfes time!
Time boring, aku layan ni
Tak de keje.. BOSAN.
Minum Petang time!
Yeah3!! Dah boleh balik.. 

Nak Lagi menarik?? Klik je SINI..

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

3 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

MamaKaisah MamaKaisah said...

alala..cianyye dia..sowi mama xsempat nak ziarah..mama ziarah kt blog awan je la yer..

moga sihat kembali dan ceria selalu... syg dr mama..

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@MamaKaisah

thanks mama.. hehehhe.. i'm ok now..

akhmal akhmal said...

melancong sinni..