Sign in

Monday, December 26, 2011

2
Komen

Berkampung di Istana Maziah Terengganu


Views

Hai semuaaa... Tadi aku belek-belek folder kat laptop aku tu then terjumpa la satu folder ni.. Folder yang ade pictures yang kami-kami snap time berkampung kat Istana tu. Sebelum aku membebel panjang, aku nak tanye sikit.. Korang pernah singgah or lalu tak kat Istana Maziah Terengganu tu?? Atau pon ada antara korang yang tak tahu pon kewujudan Istana tu?? Sape tak tahu sila angkat tangan anda dan sila cubit pipi kiri anda. hehehe.. ok, gurau jerr.. Kalau korang nak tahu kat mana Istana Maziah tu sila tonyoh SINI

Dah tonyoh? Dah tau kat mana lokasi nye? Ok, straight to the point laa.. Baru-baru ni iaitu pada 13 Disember 2011, aku and kawan-kawan lain dijemput ke Istana tu. Kenapa berkerut je dahi tu?? Korang jeloz ea?? hehehe.. Gurau je..Jangan salah faham, kami-kami bukannya dijemput untuk makan angin kat situ tapi kiteorang ditugaskan untuk membuat persediaan dan menghidang makanan kepada Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah dan kerabat-kerabat. Majlis makan ni diadakan sempena meraikan dan menyambut keberangkatan balik Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah ke Negeri Terengganu. 

Aktiviti serving tu sepatutnya berlangsung selama 4 hari tapi aku just pilih untuk pergi 2 hari. Sepanjang kiteorang berkampung kat situ, kiteorang dah mendapat pengecualiaan kuliah. So, we'ollz tak dikira ponteng la walaupon tak pi kelas. huhuhu.. Actually, memang penat masa buat preparation and mise en place tapi siyesly we'ollz happy sangattttt.. Sebabnye, ni la first experience kiteorang dapat serve kerabat-kerabat kat dalam Istana. Semua orang tahu, bukan senang nak masuk Istana kecuali ada jemputan atau functions. So, we'ollz dikira bertuah la.. yuhuuuu.. *senyum kejap* 

Kiteorang buat preparation santai-santai je.. Time masuk waktu solat, kiteorang jalan kaki pi Masjid Putih Zainal Abidin. Masjid tu dekat je dengan Istana. Yang paling bez, kiteorang disediakan makanan yang sedap-sedap oleh pak cik-pak cik and mak cik-mak cik yang berkhidmat kat Istana tu. Sarapan pagi makan nasi lemak, tengah hari-nasi berlauk dengan puyuh goreng, minum petang-keropok lekor goreng, murtabak, pisang gorengrojak katehand malam-(sory, aku lupe) hehehee.. Siyesly, Pak cik-pak cik Istana memang spoting abesss and peramah.. 

Akhirnya hari untuk serving bermula. Bunyi dentuman meriam beberapa kali menandakan 
Sultan, Sultanah and kerabat-kerabat dah sampai. Bila dengar je bunyi tu, kiteorang dah start kelam kabut hidang lauk and tuang air cepat-cepat sebelum semua masuk. Sultan dan keluarga di serve oleh pelayan dari Hotel Primula Kuala Terengganu. Aku and 3 kawan aku ditugaskan untuk serve meja Puan-Puan. Kawan-kawan lain serve meja Dato', Datin, Tan Sri, To' Puan, Pekerja Istana dan lain-lain. Masa serve tu aku rase kekok and nervous jugak coz takot tersalah step or takut tak dapat puaskan hati guest. Antara lauk yang dihidangkan ialah Udang Tempura, Sup Ayam, Ayam Goreng, Sayur Campur, Ikan and Daging. 

Pukul 1.30 lebih, semua dif jemputan dah siap-siap untuk bersurai. Then, time kiteorang pulak yang santap makanan and lauk pauk diraja tu.. hehhee..
Makan..makan..makan..sampai kenyang pastu baru sambung kerja balik and kemas-kemas apa yang patut. Komen chef Istana, semua students dah buat yang terbaik ari tu and dia sangat puas hati dengan serving kiteorang. Sebagai cenderahati, kiteorang akan diberikan wang tunai and minum petang di satu tempat. Kemungkinan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa, Pulau Duyong KT ataupon di Hotel UiTM Dungun. Malamnye kiteorang bertolak balik ke UiTM Dungun. Penat sangat time tu tapi puas hati and enjoy jugak.. Pengalaman terindah yang aku dapat hari tu. Fuhhh, dah penat aku membebel.. hehehe.. ok, jom view gambar-gambar yang sempat kiteorang snap time tu.. 
E. N. J. O. Y yow! bye and Assalam. (^______^)


Snap-snap dalam Istana
Hana, Mizah, Ima, Anis, Aishah, Moon, Ayu, Aku, Fairuz

Makan... Makan.... Makannnnn..
Snap.. Snap.. Snap Again
Barang yang menarik hati dalam Istana
Pemandangan di pintu masuk Istana Maziah
Kami-kami with Sir Didi
 ..SEKIAN..
***Nak lagi menarik?? Just klik SINI...***

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

2 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

khairul khairul said...

sedapnya..terima kaseh buat kopi hehe

duta surga duta surga said...

gambar chicken choping tu nampak sangat sangat sangat sangat la sedap... meleles ayer salivaku..*tk senonoh.