Sign in

Friday, December 23, 2011

1
Komen

Ombak Rindu Kurang Menyengat??


Views


Alooooo.. Excuse me, sape pandai-pandai buat cerita yang Movie Ombak Rindu tu kurang menyengat?? Aisshhhh... semua tu karut k.. Bagi aku, Ombak Rindu tu memang bezzz.. Sebelum tu aku nak ucapkan a million thanks to Kak Malin, Kak Sham and Kak Nab coz sudi bawak aku and Ima pi Mesra Mall, Dungun untuk layan citer meletops ni.. Korang memang spoting laaaaa.. Kiteorang agak terkezut sebab semua seat hampir full. Ada dua line kosong tapi kat seat yang paling depan. Perghh, sape la yang sanggup mendongakkan kepala kat seat paling depan tu hampir 2 jam?? Confirm juling mata bila keluar cinema. hahaha. Tapi Alhamdulillah.. ada jugak tempat kosong untuk kiteorang. Nasib bek la aku ada bawak tisu spare time tengok movie ni.. Aduyaiii, aku tak tau la banyak mana air mata aku menitis gara-gara citer ni.. Sedihhh... Memang feeling abes layan citer ni. hehee.. Bagi aku citer ni memang menyegat ditambah pula dengan lakonan mantap My Hero (Aaron Aziz). Aduss, terpoyos sudaaa.. hahaha.. Tapi terkesian pulak kat Lisa Surihani tu. Dia dah sayang sesangat kat Aaron Aziz tapi nak buat cam mana, hati Aaron dah di curik oleh Maya Karin. Aku pon dah jatuh cinta dengan lagu tema Ombak Rindu ni nyanyian Adira dan Hafiz. Bagi aku, cerita ni jadi lagi feeling bila dengar lagu ni. Honestly, citer ni memang 5 Stars la! Thumbs up!! Jom julingkan mata korang untuk baca sinopsis and tengok trailer Ombak Rindu.. Layannnn.. 


***Klik SINI untuk Trailer
***Klik SINI untuk Lagu Ombak Rindu - Adira dan Hafiz


Sinopsis:


Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah:
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON


p/s: Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk terima ku seadanya, Kerna ku tak sanggup, Kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku.. (-_____-) (Jiwang sesaat)

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

1 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

huda jamil huda jamil said...

teringin sangat nak tengok tapi asyik tak ada masa je.

oh sedih :(