Sign in

Thursday, March 1, 2012

4
Komen

Jangan Kurang Ajar!


Views

Hai korang.. dah lama rasanya aku tak hapdate blog aku ni. And now aku ade something nak share dengan korang. apa yang aku nak kongsikan ni bukan untuk burukkan sapa-sapa tapi aku just nak mengingatkan aku and yang lain supaya tak "kurang ajar" bila bercakap. Korang mesti kenal dengan Butik Peace kan? Kisah kurang ajar ni berlaku kat Butik Peace Dungun, Terengganu. Alkisahnya, malam minggu lepas aritu, aku and beberapa kawan aku pi situ coz kawan aku nak cari baju untuk Dinner Fakulti. Masa aku tengah syok cuci mata tengok-tengok baju kat situ, aku terdengar satu suara sumbang yang jerit camni: "Halau sapa-sapa yang tak nak beli tu." Rupa-rupanya suara tu dari sorang staff kat butik tu. Kiteorang panggil dia "Akak Blusher Over" coz dia punye pipi merah giler coz terlebih sapu blusher dah macam patung pulak. Dengan gaya dia yang berlagak, dia suruh kawan dia halau mana-mana customer yang tak nak beli or just tengok-tengok baju kat kedai tu. Apa lagi, aku and kawan-kawan aku jadi hot la. Kiteorang pon keluar dari kedai tu and tunggu lagi 2 kawan aku yang tengah cari baju. Salah ke kalau just tengok-tengok baju kat situ? Kena bayar ke walau nak tengok-tengok je??


Ada kawan aku yang awalnya ada niat nak beli baju kat situ tapi bila tengok perangai "kerek" akak tu terus cancel nak beli. Ape, ingat muka kiteorang ni muka tak ada duit sangat ke sampai nak halau-halau camtu? Mana budi bahasa and customer service akak tu? Cara dia layan customer mengalahkan owner butik tu la. Padahal dia just staff kat situ. Dari luar kedai, aku and kawan-kawan perhati je lagak akak tu. Then, pas kawan aku siap beli baju, dia bagitau akak tu kirim salam kat kiteorang sebab kiteorang tengok dia dengan muka tak puas hati. Akak tu kata lagi, kiteorang ni tak padan dengan students tapi kurang ajar. Cessss, mangkuk tingkat betol la akak tu. Sapa yang kurang ajar sekarang ni? Hello Akak, kalau kiteorang kurang ajar, dah lama kiteorang ber"aku engkau" ngan akak. Tapi kiteorang still panggil Akak. Sebab apa? Sebab hormatkan akak la. Aku tak pernah jumpa lagi staff yang halau customer macam akak tu. Kalau aku owner butik tu, dah lame aku pecat dia sebab dia tak ada customer service langsung and kurang ajar dengan pelanggan. Perangai dia tu boleh buat rugi pada butik tu. Dulu butik Peace Dungun tu memang jadi tempat first choice kiteorang tapi lepas kejadian tu, kiteorang dah anti nak pi situ. Sebab nye tak suka dengan perangai berlagak pekerja cam gitu. Kalau korang kat tempat kiteorang, apa yang korang rasa?? Korang fikir la and judge sendiri.. K, Bai.
Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

4 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

tiera tiera said...

hmm...sabar ye ade hikmah semua ni..=)

mira hana mira hana said...

nk copy paste kat blog hana (nnti kredit la link blog tikah) biar semua tau betapa gediknye akak blusher badut tu... eeee... geli bila teringat minah tuu...

mira hana mira hana said...

awk, sy share cite ni kt blog sy dgn kredit link blog awk =)

Nie Nie Nie Nie said...

kalau sy mmg takkan keluar...dan2 tu jugak sy dtg depan staff a.k.a 'makhluk istimewa blusher stoberi' tu dan tanya "awak tu staff, diorang tu termasuk sy ni customer, atas hak apa yg membenarkan staff butik halau customer keluar? nak sy buat aduan pada bos awk ke? sy xde nampak pun diorang bakar kedai ni, buat perkara tak senonoh dalam kedai ni, perangai awk yg x senonoh xnak layan customer, kat customer plak yg awk nak marah?"

manusia2 'special' terutama 'blusher stoberi' ni kene kasi jentik skit mental die..kalau tak sampai bile pun tak sedar2 diri tu...