Sign in

Friday, May 18, 2012

3
Komen

Aku dan Dunia Praktikal


Views

Hai semuaaa.. Dah hampir sebulan lebih aku praktikal di Coffee House Department kat Hotel UiTM Dungun. Mula- mula tu memang rasa agak takoot.. At first, aku still tak biasa dengan environment kat situ and aku tak tak tahu nak buat apa. Nasib baik la semua staff kat situ semua sporting. Diorang selalu bagi tunjuk ajar kat aku. And sekarang ni, aku, Izah and Fairuz dah ditarik ke kafe Kreatif. So, berakhir la episod kami di Hotel UiTM tu. Sumpah, aku rindu nak masak kat situ lagi. Semua kenangan tu masih aku ingat. Shift pagi dari pukul 6 hingga 3 petang and shift petang dari pukul 2 hingga 11 malam. Bila shift pagi, aku akan bangun pukul 5 pagi and bersiap coz shift aku start pukul 6 pagi. Memang la penat and payah nak bangun pagi-pagi camtu tapi bila dah sibuk buat kerja kat situ, mengantuk pon hilang. Rutin harian shift pagi just reheat and prepare untuk breakfast, potong sayur and refill balik benda-benda yang da habis, buat omelet depan customer, and bila abis je breakfast hour (10. 30 pagi) just tunggu order untuk A'la Carte masuk pulak. 


Biasanya, kami students praktikal hanya akan masak sesetengah menu je. Antaranya ialah Fried Chicken Wing,  Fries, Tom Yam Campur, Sup Ekor, Ikan Masam Manis, Spaghetti Marinara, Spaghetti Chicken Ball, Spaghetti Bolognaise, Kepala Ikan Asam Pedas, Chicken Chop, Beef Steak, Lamb Chop, Mix Grilled, Fish and Chips, Telur Dadar, 2-in-1 Soup and Telur Bungkus. Menu bergoreng and rebus semuanya staff yang masak pulak. Antaranya, Padprik Ayam, Padprik Daging, Mee Goreng Mamak, Mee Goreng Basah, Bee Hoon Goreng, Kuey Teow Goreng, Cantonese Mee Seafood, Mee Sup and Mee Hailam. Actually, bahan-bahan dah disediakan and aku just campur-campur dalam pot or pans then serve pada customers. 


At first aku rasa agak kekok and lama-lama aku dah biasa dengan rutin ni. Bila order masuk kat skrin, aku dah tahu nak buat apa and dah tak gabra cam dulu lagik. Mula-mula masuk dulu aku selalu doa supaya tak ade order masuk then sekarang ni aku pulak yang tunggu order plus nak order masuk. hehehe.. Kat situ, aku dapat ramai kawan baru yang spoting and terbaik dari banyak department. Antaranya students and staff dari department Pantry, Pastry, Butcher, and Serving.   And guess what, kami dah mula rapat walaupon baru je kenal. A million thanks to all staffs yang banyak bagi tunjuk ajar kat aku and students praktikal yang lain. (Encik Is, Encik Awe, Abang Nuar, Abang Joe, Abang Lan, Abang Faizal, Kak Sarah, Kak Raja and Kak Nor). InsyaAllah, nanti jumpa lagi ye..      
Che Awe and Abang Nuar masa muda mudi dulu. (Curi gambar dari blog Che Awe)
Ain, Kid, Doc and Pie
Fairuz and Wani                                                                   

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

3 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

Nor Amira Nor Amira said...

bestnyer :)

KhaiRin : anies KhaiRin : anies said...

wah...best tu

Maya Maya said...

wah best nye...saya pun minat bento...comel kan?...hehehe :)i follow u,u follow me http://yamarisaikhu.blogspot.com/