Sign in

Thursday, May 17, 2012

2
Komen

BattleShip


Views

Hai alls! Bebaru ni aku and kawan-kawan aku pi tengok movie BATTLESHIP kat Mesra Mall Dungun. Mulanya niat di hati tak terhingin pon nak tengok coz aku kureng minat movie battle ni. Tapi sebab pilihan majoriti, aku pon ikotkan je. Bila da start tengok tu, aku mula suka dengan plot citer ni. Kisah cinta and kisah kasih sayang seorang abang pada adiknya betol-betol buat hati aku tersentuh. Bila tengok movie part kat laut tu memang wat aku berdebar-debar. Dah rasa cam tengok cerita hantu pulak. hehehehe... Nak tau sinopsis cerita ni? Cekidaut!

SINOPSIS: 


Filem Battleship mengisahkan Alex Hopper lakonan Taylor Kitsch yang terpaksa mengikuti abangnya, Stone (Alexander Skarsgard) menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang kemudian mengheret sama dirinya dalam situasi mendebarkan ketika mengikuti sesi latihan marin.

Alex yang berpangkat Leftenan mempunyai sikap sukar untuk membuat keputusan dan berdepan masalah akan disingkirkan daripada pasukan selepas tamat latihan. Namun kerana keberaniannya, Alex berupaya mencipta nama dan sejarah kepahlawanannya sendiri.

Plot cerita tentang tersalah menghantar transmisi gelombang komunikasi ke angkasa lepas yang menyebabkan pulau Hawaii berdepan masalah besar apabila isyarat yang dipancarkan menarik perhatian makhluk asing ke bumi.

Seterusnya, objek yang terdampar di tengah lautan menjadi persoalan kepada angkatan tentera laut dari 13 negara yang berkumpul di Pearl Harbor sempena latihan marin.

Situasi semakin mendebarkan apabila objek seperti bangunan di tengah- tengah samudera itu berubah menjadi kapal angkasa dan bermulalah babak pertempuran antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jepun dengan makhluk asing dalam filem arahan Peter Berg ini.

Filem ini turut memaparkan kisah percintaan antara Alex dan Samantha Shane (Decker), pengorbanan seorang abang kepada adiknya, serta persahabatan antara Alex dan Kapten Nagata (Asano).

Filem Battleship membariskan pelakon Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard,Brooklyn Decker, Liam Neeson dan Tadanobu Asano itu turut menampilkan lakonan mantap daripada penyanyi Rihanna yang memegang watak Cora Raikes.



p/s: Jom tengok Battleship!

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

2 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: