Sign in

Wednesday, September 26, 2012

7
Komen

Fenomena Drama Adam dan Hawa


Views

Hai korang.. Kali ni aku nak hapdate pasal Drama Adam dan Hawa yang jadi sebutan ramai sekarang ni. Sape suka tengok drama ni sila angkat kaki anda!!! YES! Bagus bagus bagus... Wah, ramai nye peminat citer ni.. Ok, back to the main topic. Drama berepisod ni diadaptasi dari novel karya Aisya Sofea. 90 peratus jalan cerita drama tu berdasarkan penulisan asal novel and selebihnya dah diolah mengikut kesesuaian watak-watak. Hero drama ni adalah Aaron Aziz and heroin pulak adalah Nadiya Nisaa. Bagi aku, diorang memang sesuai digandingkan. Sebelum ni aku dah pernah baca novel Adam dan Hawa ni, kalau tak silap masa aku form 4 dulu. Aku memang minat sesangat novel ni and tak sangka pulak yang novel ni akan diadaptasi. 

Aku pon dah addicted dengan drama ni coz my poojaan hati (Aaron Aziz) jadi HERO nya! Sukenye!!! Actually, aku selalu ikuti episod drama ni melalui Uncle You Tube and kadang2 tu kat Blog Drama Online. Kenapa??? Ok, reason nye simple je. Sebab kat rumah aku tak ade Atok Piring Astro tu.. hehehe.. Dalam drama ni aku paling "menyampah"  dengan watak Cikgu Zawyah and Dee. Memang gediksss plus plus plus la diorang ni. Sape yang setuju dengan kenyaaan aku ni sila anggukkan kepala anda. hehe.. Tapi tanpa kita sedar, watak Antagonis ni la yang menyerikan jalan cerita drama. Ok la, jom kita jenguk sinopsis novel and sinopsis drama Adam dan Hawa. Cekidaut!

SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap khalwat selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.

SINOPSIS VERSI NOVEL ADAM DAN HAWA

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak 
dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawa nya biarpun lapan tahun lagi...


p/s: Sebelum aku undur diri, jom kite intai2 gambar HERO drama ni.  

Oh Abang Pilot...
He makes me Speechless..
Just one word to describe him.. "Comel"

k, bai oll's..


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

7 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

KY KY said...

sekarang ni, tengah demam cerita adam dan hawalah pulak, tapi KY tak pernah tengok lg, hihi

luqman zakaria luqman zakaria said...

tak tgk lak citer nih..huuh..neway thnx follow arepnakbebel.com...follow urs as well!

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@KY yep, hari tu nora elena, skrg ni adam hawa plak. hehee... tgok la. best sgt!

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@luqman zakaria nape, xsuke ke drama melayu? hehee.. btw thanks follow sini jgk.. (^___^)

Mahabbah Athirah Mahabbah Athirah said...

tade astro na tengok adam dan hawa..
bila balik rumah, bru boleh download adam dan hawa!
wuhuhuhu~

Miss Nurul Atikah Miss Nurul Atikah said...

@Mahabbah AthirahSamela, sy pon xde ASTRO. tp leh je tgok online kan? hehe

NUR AIN AZMAN NUR AIN AZMAN said...

WOW! Best nyaaaa rumah idaman you >.<