Sign in

Wednesday, October 10, 2012

3
Komen

Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris


Views
Gambar sekadar hiasan- Credit to Uncle Google.

Jangan terkejut dalam zaman yang makin moden ni masih ada segelintir orang yang gunakan jin atau sesuatu yang diharamkan Islam dalam bisnes untuk melariskan jualan diorang.  

 (DIPETIK DARIPADA RUANGAN SOAL JAWAB AGAMA DI AKHBAR KOSMO)


APAKAH hukumnya menggunakan pelaris dalam menjalankan perniagaan terutamanya dalam melariskan penjualan makanan di kedai-kedai makan? 

JAWAPAN: 

ISLAM mengharuskan umatnya berjual beli. Dalam hal ini setiap peniaga sewajarnya mematuhi etika berjual beli yang ditetapkan dalam Islam. Antaranya berlaku jujur dan amanah terhadap jualan tersebut. Isu menggunakan pelaris sebagai azimat dan tangkal dalam berjual beli adalah berdosa. Ini kerana ia bercanggah dengan akidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.hehehe... Korang tiup je perlahan-lahan sampai habis nafas.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Kalau korang nak lagi jelas tentang Pelaris, jom zoom video dari Ustaz Azhar ni ye:


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

3 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

nana kamarul nana kamarul said...

Interesting one. Thanks for sharing ye ;)

CikNana CikNana said...

aduh..kalau di sini ne mcm bnyk ne tau..tp x tau la..;)

baikpulih-dhinai baikpulih-dhinai said...

Tempat aku pun ada berlaku perkara camni....pagi pagi nasi lemak dah basi....