Sign in

Monday, January 20, 2014

2
Komen

"Pameran Inovasi Makanan"


Views

Hai ollz, tadi aku belek-belek fone aku then terjumpe gambar2 kenangan mase kelas kami anjurkan Program "Pameran Inovasi Makanan" kat Dewan Gadung UiTM Dungun pada 16 Disember 2013, bebaru ni. Actually, program tu dibuat untuk memenuhi silibus subjek kiteorang untuk semester 4 ni iaitu "Advanced Food". Tugasan kiteorang ialah tiap group kena cipta satu makanan yang unik and menarik. Tema diberi ialah "Local to International". Kelas aku x ramai so cume 8 group je dibentuk. Kiteorang kena compete sesame sendiri tp by group okeyh! Memula tiap group kena buat proposal then lepas approve oleh lecturer kiteorag, Madam Sarah, baru la kiteorang start masuk makmal then buat produk makanan pilihan tu sampai jadi and sesuai untuk dipasarkan. Kat event tu semua tetamu boleh rase produk-produk kat situ. 

Nak tahu tak, ape produk group aku?? Ok, produk nye ialah Jus Nam Nam. Ehhh, ape bende tuu? Mungkin ade yang x tahu ape Nam Nam ni. Actually, Nam Nam ni sebenarnye buah yang jugak dikenali sebagai Buah Katak Puru kat negeri Pantai Timur especially Terengganu and Kelantan. Name saintifiknye ialah Cynometra Cauliflora. Kat Indonesia, buah ni orang panggil Buah Kopi Anjing. Pelik kan name die?? Acaner ghupenye buah tu ye? Haaaa, korang zoom kat bawah ni ye. 


Amacam, ade ghupe kodok x? huhu. Memang ghupe buah and name buah ni xde la indah sangat pon. Tapi don't worry. Rase buah ni memang best okeyh! Buah die masam- masam manis skit. Ade orang makan buah ni camtu je, ade yang cicah ngan serbuk asam and kuah rojak, ade yang goreng buat macam goreng pisang tu, ade yang buat sambal belacan gantikan dengan buah mangga, and ade yang buat jus. Actually, aritu memang susah sangat nak cari buah ni kat Dungun tu sebab musim hujan. So pokok pon x nak berbuah time tu. Hampir putus asa jugak time tu sampai kiteorang terfikir nak tukar produk last minit. Tapi lepas jumpe lecturer kiteorang, Madam Noristisarah atau Madam Sarah, kiteorang teruskan jugak produk ni and bawak ke event tu. Madam Sarah banyak bagi kata semangat and nasihat supaya kiteorang x putus asa. Thanks Madam!

Ok sekarang aku nak citer kat korang secara simple steps nak buat jus ni. Memula, basuh buah tu bersih-bersih pastu blend ngn air sampai hancur. Then, tapis gune cheese cloth and didihkan dalam periuk. Pastu masukkan gula and sikit garam. Bile dah boil, sejukkan sekejap and tapis lagi gune cheese cloth. Then last, campurkan dengan titisan jus calamansi atau pon perahan limau kasturi. Sebabnye group kiteorang mixed nam nam campur calamansi skit. Antara produk lain yg dipertandingkan dalam event tu ialah, Pucuk Labu Ravioli, Daging Burger Sate, Ais Krim Teh Tarik, Jem Ceri Kampung, Jeli Ciku, Krim Rambutan and Biji Getah as Agen Pemekat dlm kuah. Setiap group akan di judge oleh 2 juri. 



Ok, jom cuci mata tengok gambar-gambar yang diambil mase event tu berlangsung. Check it out yaw!!


My classmates and lecturer yang menjayakan event ni!

Farah, Piyan and Sarah; Produk Jelly Dilla/ Jeli Ciku

Encik Mat tgh rase Panama Berry Jam/ Jem Ceri Kampung, produk group MekSu, Bella and Afiq.

Sir Arma ngn Sir Aliff stop kat booth group kami!

Syuk, Hazirah, Anis and Juki. Group yang buat produk Satay Patty/ Daging Burger Sate

Kira and Nunu. Group yg buat produk menggunakan Biji Getah sbg agen pemekat dalam kuah.

Madam Lin and Madam Aniza tgh test produk Rambutan Cream group Tirah and Liza.

Encik Mat and our beloved Lecturer, Madam Sarah.

Madi, Pali and Yati. Group produk Aiskrim Teh Tarik.

Apiz and Yana. Yang ni groupmates aku utk produk Jus Nam Nam ni.

Alhamdulillah, tanpa disangka, group kiteorang produk Jus Nam Nam akhirnye jadi pilihan juri and dapat number 1! Hadiahnye? Kiteorang dapat voucher combinations KFC + Pizza + Ayamas. In Shaa Allah, kalau ade rezeki, next sem madam akan hantar beberapa group yang layak untuk ke peringkat yg lagi tinggi untuk promote produk masing-masing. Ok, kat bawah ni aku selitkan beberapa gambar sepanjang berada dlm makmal Advanced Food. Like seriously akan rindu nak masuk makmal lagi and bereksperiment dengan makanan. Pasni xde dah masuk makmal coz semester baru bakal bermula bulan 3 nanti dgn subjek baru.





Ok dah penat menaip. K bai!


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

2 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

Abak Lorong Cinta Abak Lorong Cinta said...

Katak puru..yeahhh!!! mantap kak.. nice idea... jrang jumpa buah ni.. belakang umah nenek ada..hahaha..gnerasi skarang dah tak kenal agaknya.. macam sedap je jus tu..huhu

Awan Samudera Awan Samudera said...

@Abak Lorong Cintatu la dik, kat area KT ni pon susah nk jumpe. rase jus ni lebih kurang rase air asam jawa. Masam masam manis. Warne die pon lebih kurang. :)