Sign in

Tuesday, February 11, 2014

8
Komen

Drama Yes, Boss! TV3


Views



Hai, tak lame lagi drama adaptasi novel  Yes, Boss! akan ke udara di TV3. Sekarang ni kan musim drama adaptasi novel. Sekarang pon TV3 tengah hot ngan drama Ariana Rose (adaptasi The Wedding Breaker). Entah ni novel adaptasi yg ke berapa yg dah bersiaran kat tv kan. Hero drama ni Fahrin Ahmad and heroin nye Emma Maembong. Actually, aku excited nak tengok citer ni sebab Emma Maembong yang jd heroin nye. Aku suke sangat nengok die berlakon and bertambah ayu bile pakai tudung. Sekarang ni pon Emma tgah popular dengan drama adaptasi Projek Memikat Suami (Astro). Manis sungguh bile Emma bertudung kan? Nampak bertambah anggun. As her fans, aku harap moga terbuka hati si gadis dari Terengganu ni untuk bertudung in reality life satu hari nanti. Ok, back to our topic! Actually aku dah penah bace novel Yes, Boss! ni dulu dulu. Kalau tak silap mase time praktikal aritu (setahun lepas kot). And aku dah lupe jalan citer novel ni. hehe.. But, in my opinion (based on my experience bace novel ni), novel ni tak mampu sgt buat hati aku tertarik. Tapi mungkin drama adaptasi ni mampu menarik hati aku. Yela, cara visual penyampaian jalan cerita mungkin agak berbeza dari novel kan. Ok lah, jom intai sinopsis novel Yes, Boss!:

Sinopsis:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Sumber: kakinovel.com
Aku tak sure lagi drama Yes, Boss! akan bersiaran bile tapi menurut satu sumber, drama terbaru Yes, Boss! akan ke udara mulai 15 Februari 2014 setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang di TV3. Tunggu drama ni bersiaran okeyh! Ok, bye.. ^^
Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

8 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

Abak Lorong Cinta Abak Lorong Cinta said...

Selamat menonton kak!!!

Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah said...

fae x tgk langsung drama ne

fae follow sini balik #993 ^^

Time Traveller Time Traveller said...

Menonton dgn gembira yer.. selamat menonton :D

munna munna said...

sekarang ni semua cerita nak adaptasi dari novel.....

msredcheesecake msredcheesecake said...

buku tak baca cite rpun tak tengok...bz beno gamaknya...hhee

Liniey Nor Liniey Nor said...

Assalamualaikum.

If belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.

Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.

Dan..

90+ pemenang by random dicari !

http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html

:)

Ada Abdullah Ada Abdullah said...

best3...
awak ..jom sertai give away contest di blog saya untuk memenangi shawl halfmoon :D

http://www.adaabdullah.blogspot.com/2014/05/give-away-contest-wide-halfmoon-shawl.html

tq:D

Awan Samudera Awan Samudera said...

@Ada Abdullahok awk. InshaaAllah sy join. thanks. :)