Sign in

Monday, May 26, 2014

1
Komen

Insentif Perkahwinan Ditanggung Kerajaan Terengganu


Views
View blog
Gambar credit: Google

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri sekali lagi memperkenalkan bentuk insentif baharu yang dapat memberi manfaat kepada 400 pasangan muda yang bakal berkahwin pada tahun ini, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1.5 juta.


Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Shafaruddin Mustaffa berkata, insentif berkenaan diwujudkan bagi membantu pasangan mahu berkahwin dari segi kos perkahwinan yang dilihat agak mahal ketika ini, selain menggalakkan pasangan muda berkahwin bagi mengelak berlaku isu sosial yang agak membimbangkan.

“Setiap pasangan akan diberi insentif perkahwinan sebanyak RM1,000 manakala majlis akad nikah serta kenduri kahwin ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Buat permulaan, kita akan langsungkan pernikahan serentak untuk 50 pasangan pada Ogos ini dan setiap pasangan hanya dibenarkan menjemput 200 tetamu sahaja menjadikan jumlah keseluruhan tetamu 10,000 orang,” katanya,

Shafaruddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Losong, di sini, semalam.

Bagaimanapun, buat masa ini YPK sedang menunggu senarai pasangan kerana akan mula mengedarkan borang atau permohonan bermula awal Jun depan dengan syarat-syarat tertentu bagi mengelak berlaku penipuan.

“Selepas senarai dah ada dengan kita (YPK), pasangan ini akan dipanggil untuk sesi temu duga bagi menentukan mereka layak atau tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

“Antara syaratnya ialah, salah seorang daripada pasangan adalah rakyat Terengganu, mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah dan banyak lagi syarat lain yang perlu diambil kira,” jelasnya.

Tambahnya, setiap parlimen akan memilih 50 pasangan sahaja dan dijangka dapat diselesaikan (majlis perkahwinan) sehingga hujung tahun nanti.

Pada waktu sama, Shafaruddin berkata, pasangan yang telah berkahwin itu akan dipantau oleh YPK dan Pejabat Agama Daerah selama enam tahun serta dikehendaki mengikuti setiap program yang dianjurkan YPK.

“YPK akan pantau selama tiga tahun dengan menyediakan sembilan modul berhubung pendidikan kekeluargaan manakala tahun-tahun berikutnya dipantau oleh pejabat agama,” katanya.

Sebelum ini kerajaan negeri melalui YPK telah berjaya menyalurkan insentif kepada ibu dan bapa tunggal yang berkahwin dan menjangkakan 1,000 pasangan lagi akan mendapat manfaat sama pada tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM2 juta.

Manakala berhubung majlis itu, seramai lapan murid cemerlang UPSR 2013 dari SK Bukit Losong menerima insentif sebanyak RM300 setiap seorang.

-Sinar Harian
Published On: Sun, May 18th, 2014

credit: www.malaysiaedition.net

p/s: Amacam, menarik x? Haaaaa, ape tunggu lagi anok jati Ganu?? Cepat-cepat la suruh pasangan anda masuk meminang. hehe.. 
Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

1 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: