Sign in

Saturday, February 14, 2015

9
Komen

"1st Segmen Kerjaya Blogger IPT by NJiheam"


Views



Olla Malaysia. ok arini ni iolls nak join satu segmen dari NJiheam


Ok, actually aku baru je abes study kat UiTM Kampus Dungun, Terengganu in Bachelor of Science (Hons.) Foodservice Management and InshaaAllah akan konvo bulan 5 nanti. Aku jugak dari kos and uni yang sama masa diploma dulu kala. Bagi yang tak tahu, kos Foodservice Management ni is under Faculty Hotel dan Pelancongan. Masa diploma dulu, masa aku memula amik kos ni, aku ingatkan kos ni just kena masak-masak till the end semester. Tapi aku silap.. Kos ni lebih kepada pengurusan, science dan nutrition, but still ade subjek masak-masak (Western and Eastern food) dan kelas serving masa awal semester diploma tu. Untuk degree, aku just amik masa 2 tahun sebab aku dari penerapan. Maksudnya dari program sama (masa diploma) ke program yang sama (degree). So, jimat setahun. Kalau sesapa yang dari kos lain nak sambung ke kos ni akan amik masa 3 tahun (tapi depends pada kos yang diambil masa diploma). So, untuk degree, aku terus masuk semester 3. 

Kat bawah ni senarai subjek yang aku amik dari semester 3 hingga 6 (study plan):


Semester 3
Semester 4
Semester 5
Semester 6

Oleh sebab aku dari program yang sama masa diploma, so degree ni ada lah subjek yang aku dah tak payah amik, kira dapat pengecualian. Sebenarnya banyak subjek time degree ni related dengan subjek diploma. Lecturers kata, just untuk refresh balik apa yang kite dah penah belajar. Tapi still ade juga subjek baru.

Aku terangkan random beberapa subjek ye. Untuk semester 3, aku terus amik Mandarin tahap 3 sebab masa diploma dulu dah amik tahap 1 & 2. Untuk subjek BEL 482, tu lebih pada meeting discussion. Kita didedahkan kepada situasi informal dan formal meeting. Time tu, my lecturer ada buat ujian meeting. Means, kite kena buat group, lecturer bagi a situation and discuss depan dia. Kira tu markah speaking test. HTM 400 tu pulak lebih kepada hospitality (hotel and tourism). Untuk subjek tu we'olls ada lawatan sambil belajar ke Tasik Kenyir, Terengganu. Nak tahu citer pasal trip ni? Klik SINI.

Semester 4: 
BEL 492 tu more on individual presentation. Tiap orang kene pilih 2 topik untuk 2 sesi individu presentations. Masih aku ingat, topik yang aku pilih ialah My Favourite Korean Actor - Lee Min Ho (First Presentation) & The Interesting Places in Korea (Second Presentation). Agak mengarutkan topik aku pilih?? Tapi sebab lecturer bagitau, TOPIK BEBAS. So gitulah bebas cara aku. haha. Subjek Advanced Food: subjek ni kiteorang kena cari idea cipta makanan ikut tema yang diberi. So, kena masuk makmal tiap minggu. Tapi apa yang bestnye, lepas buat eksperiment tu kita boleh makan semua makanan yang dibuat eksperiment tu. hehe. Tapi bukan makan saja-saja je, lepas tu kena buat report based on makanan yang kita rasa tu. Then, nanti kena present makanan yang kita cipta tu dalam Pameran Makanan. Masa tu group aku buat Jus Nam Nam. Nak tahu cerita masa Pameran Makanan tu, klik SINI. Then, subjek Room Division ni pulak more on hotel and calculations. Contohnya kena kira occupancy rate and room rate. Subjek ni memang buat aku berpeluh, almaklum lah, gua tak minat kira-kira. hehe.

Semester 5:
BEL 442 ni lebih kepada group work. Kena cari jurnal untuk tajuk yang kita pilih. Foodservice Facilities Design & Layout ni kena design restoran. Ni group assignment jugak. Task aritu kiteorang kena design cafe ala Subway. Dari situlah aku baru kenal apa tu Google Skecthup. Research Method ni pulak kena buat research proposal based on tajuk kita pilih and cari jurnal yang related.

Semester 6:
subjek E-Commerce ni we'olls kena belajar pasal technology. Contoh kena tahu pasal komputer, software, jenis-jenis virus, sistem-sistem yang diguna pakai dalam check-in (Airlines, hotel, hospital) and etc. Then, Independent Study ni pulak sambungan daripada Research Method semester 5 and kena present research tu depan judges. Pendapat aku, presentation IS ni presentation yang paling mendebarkan bagi students degree sebelum habis semester. 

Cara survive:

Tak dinafikan, ada sesetengah subjek tu buat aku rasa give up. Subjek apa? Rahciew. hehe. Tapi mostly subjek calculations. But thanks to kawan-kawan aku yang banyak tolong aku time study, ajar and sharing apa yang aku tak faham (nak tanya lecturer segan) Nasihat aku, bila korang rasa down time study, just ingat balik niat asal kita, kenapa kita ada kat uni ni (Ofkoz nak belajar kan!) and ingatlah harapan Mak Ayah kita yang nak kita grad on the time. Selalunya, kalau aku rasa down, aku akan call Papa or balik umah aku then luah kat dia. Lepas dengar nasihat and kata-kata semangat my parents terus aku lega, tak stress dah. hehe. Selain tu, banyakkan buat ulangkaji pasal subjek yang kita tak faham tu and jangan cepat putus asa. Aku ni agak malas and kekadang je buat gitu. So jangan tiru macam aku ye. huhu. Selain tu, rajin-rajinkan lah buat nota ringkas untuk semua subjek especially subjek tough or killer. Buat nota yang kita mudah faham + warna-warni untuk tarik minat kita baca & mudah ingat. Yang paling penting solat jangan tinggal and selalu berdoa. Ni antara doa yang selalu aku amalkan especially sebelum aku mula study. Jom amalkan!








Oklah, kos ni lebih kepada management. Kami diberi pendedahan pasal Food Laws, Food and Beverage Cost Control, Accounting and Financing, Konsep Halal dalam Makanan, Designing, Sistem dalam Hotel dan Food Establishments. Dalam kata lain semua nye bergabung dalam satu kos. Matematik, Sains, Ekonomi, Bahasa, etc semua ada. Kalau nak cari kerja based on bidang ni, boleh je masuk industri hotel, industri makanan, restoran & Fast Food, hospital and etc. Mungkin mostly pandangan masyarakat lain, bila amik kos Perkhidmatan Makanan ni just kena serving makanan kat hotel. Tapi tu persepsi diorang yang mungkin tak tahu sangat pasal bidang ni but actually bidang ni terlalu meluas.

Bagi adik-adik yang tengah sambung study bidang ni or bidang lain, teruskan usaha and good luck. Yang penting jangan mudah putus asa. Keep doa & fighting!! InshaaAllah, kejayaan milik kita.

Okay lah bagi adik-adik or sesapa yang berminat nak tahu details pasal kos Foodservice Management ni boleh lah message ke my Facebook or email (button FB and email ada kat sidebar) InshaaAllah, aku akan sharing apa yang aku tahu. 

p/s: Jom ramai-ramai join segmen ni. Klik banner untuk join

Ok, dah penat menaip. Annyeong!


Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

9 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

Safwan H Safwan H said...

Menarik entry ni! Suka baca penerangan akak. Rasa berminat nak sambung jugak kos ni. Good luck akak.

Ninja Kampung Ninja Kampung said...

Memang menarik entry ni. Btw tahniah sebab dah abis study and good luck.

The Honey Sugar The Honey Sugar said...

Nice sharing dear. btw adik akak study kos FoodTech kat Kuantan, bhagian food jugak. hehe. Good luck eh.

sayidah napisah sayidah napisah said...

saya join jugak segmen ni. jemput singgah http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html :)

btw goodluck for you studies~! :D

NJihe.am NJihe.am said...

Oo..baru tahu kos ni. Menarik. Terima kasih sebab sudi join..

Cik Fafa Cik Fafa said...

nicr sharing! Good luck ya! ^^

Hajar Rash Hajar Rash said...

kebanyakannya macam tu lah, subjek degree memang related dengan subjek diploma

Fairuz Jaafar Fairuz Jaafar said...

Hai, saya perlukan maklumat anda untuk proses penghantaran hadiah giveaway.

http://picturefinding.blogspot.com/2015/02/senarai-pemenang-giveaway.html

Pha Is Pha Is said...

bagus.. detail, siap kongsi doa2nya sekali.. hehe

singgah sini dari segmen yg sama..