Sign in

Wednesday, September 23, 2015

1
Komen

Menu AidilAdha 24 September 2015


Views
Annyeonghaseyo semuaaaa!

Alhamdulillah, hari ni semua umat Islam menyambut AidilAdha. Syukur sangat sbb masih diberi kesempatan untuk meraikannya hari ni. So, apa menu korang di pagi raya? Hari ni aku masak simple je. Biasanya my mama yang masak tapi sebab sekarang ni dia kat Seremban, then aku lah yang masak. Nilah menu aku...



Amacam, tersangat lah simple kan? Actually, menu ni adik aku yang request. So tolak tepi rendang dan nasi impit, aku masak lerr Nasi Ayam ni. Mesti ade yang tertanye-tanye, amende pulak tepi salad tu, budu ke? aishhh, idok la. Tu sos nasi ayam. Memang biasa orang buat warne merah kan. Sebab semalam pegi Mydin Mall, semua cili merah abis. So aku gantikan dengan cili hijau. Tu yang warne dia ala- ala budu. haha. Tapi rasa still sama sos Nasi Ayam tu. 

Oh ye, resepi Nasi Ayam ni aku tengok dari web iresipi.com. So kat sini aku nak share dengan korang resepi Nasi Ayam ni. Dah banyak kali aku buat ikot resepi ni, Alhamdulillah memang sedap dan menjadi. 

Sumber : Che' Nom

Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
✎2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
✎2 cm halia, ditumbuk halus
✎1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
✎1 sudu besar sos tiram
✎1 cm halia, ditumbuk halus
✎2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
✎1 sudu besar kicap cair
✎Sedikit madu untuk sapuan *(Aku tak letak)

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras *(aku buat 2 cawan je sbb tak ramai makan)
✎4 cawan air rebusan ayam *(Beras 2, so air 3 cawan)
✎2 sudu besar butter
✎1 cm halia ditumbuk halus
✎3 ulas bawang putih ditumbuk halus
✎Sedikit garam
✎2 bunga lawang***
✎4 buah pelaga***
✎1 kayu manis***
✎1 batang serai ketuk
✎2 helai daun pandan
✎Sedikit kunyit untuk warna dan aroma *(yg ni aku skip. Aku lagi suka warna nasi ayam tu putih gitu)

Bahan untuk sos:
✎5 biji cili merah *(Aku guna cili hijo)
✎3 ulas bawang putih
✎2 cm halia
✎1 sudu besar cuka
✎1 sudu teh garam
✎1 sudu teh gula
✎1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
✎Air rebusan ayam
✎1 biji bawang besar, dikisar
✎Rempah sup bunjut
✎Garam
✎Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
✎Kuah kicap perapan ayam di atas
✎Kicap manis cap kipas udang
✎Sedikit garam
✎Air rebusan ayam

Bahan Sampingan:
✎Salad
✎Timun
✎Tomato

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
☆Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
☆Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
☆Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
☆Basuh beras dan tos air.
☆Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(***), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. ☆Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
☆Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
☆Kisarkan semua bahan di atas.
☆Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
*(Aku tambah sikit sos cili dan sos plum. Dap Dap)

Cara untuk memasak kuah kicap:
☆Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

✔Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.


Senang kan resepi ni? Nanti korang pon try lah. In Shaa Allah menjadik. Ok lah, sampai ketemu lagi ya. hehe. Bye!
Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

1 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student: