Sign in

Wednesday, September 16, 2015

7
Komen

Resepi Apam Polkadot


Views
Annyeonghaseyo bloggers!!

Bebaru ni aku merajinkan diri buat Apam Polkadot. Ini lah hasilnya..





Resepi Apam ni aku google je. Aku amik resepi ni dari blog gallerymamamimi.blogspot.my. Thanks ye sis, memang puas hati. Gebu plus lembut sangat walaupon simpan semalaman. Jom intai resepi Apam ni. 



APAM STRAWBERI 


Resepi : Ain Rusli  

Sumber: Majalah Rasa 

Bahan-bahannya: 


140 gm tepung gandum 

1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum 
110 gm gula halus 
75 ml susu segar atau susu cair 
2 biji telur 
1 sudu kecil ovelette 
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun 
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi 
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi 
30 keping mangkuk kertas 

Langkah-langkahnya: 


1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 


2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar 

3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu 

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.



5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. 



6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.


7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.



8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan. 


9. Kukus 10-15 minit sehingga masak. 

Nota:   Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.  Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati. 



Tips tambahan untuk buat apam polkadots. (Sumber: www.ciktom.com)

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..


2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.

3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.

4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.

5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

Amacam, senang je kan nak buatnye? Nanti korang pon try la. In Shaa Allah next time nk try buat corak lain pulak. hehe.. Annyeong!

Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa...

Post a Comment

Komen, Jangan Tak Komen.. Thanks semua..

7 903 333 Doakan Miss Nurul Atikah Jadi Best Student:

Siti fironika Siti fironika said...

wah..ni comel makanan ni..rasa sayang je nak makan..hihi...tp mmg febret la makanan ni..hehe.. http://firohar.blogspot.my/

Roziah Muhammad Nor Roziah Muhammad Nor said...

cantik la sayang nak makan tuh. hihihhi

Rusmeyati Nordin Rusmeyati Nordin said...

comelnya apam polkadot- :)

Awan Samudera Awan Samudera said...

@Siti fironika ye sis, skang ni apam ni pon dh jd febret sy. hehe

Awan Samudera Awan Samudera said...

@Roziah Muhammad Nor tu lah.. semuanya dh selamat di ngapp. hehe

Awan Samudera Awan Samudera said...

@Rusmeyati Nordin Alhamdulillah sis, menjadi. hehe

Haslinda Hassan Ali Haslinda Hassan Ali said...

sedap tu..